Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

21mei

REMBAU, 23 sept- Semuanya berpunca daripada kemalangan motosikal pada usia 22 tahun, Rizan Mokhtar, 49, telah 4 tahun menjalani kehidupan dalam keadaan meniarap. Bercerita tentang pengalamannya, beliau berkata, pergerakannya sedikit demi sedikit terbatas sehingga kini hanya mampu makan, minum malah membuang air dalam keadaan meniarap dengan bantuan ahli keluarga yang turut tinggal bersama di Kampung Kundur Tengah, Rembau. "Sekarang saya semakin sukar untuk bergerak kerana separuh badan telah lumpuh dan punca utama saya dalam keadaan begini disebabkan bisul yang timbul pada permukaan punggung kesan kemalangan," kata beliau. Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAIN (PBMalNS MAINS) Wilayah Selatan melalui Bahagian Agihan Rembau telah berkesempatan menziarahi Rizan di kediamannya bagi mengambil maklumat keperluan terkini. Hadir sama Ketua Wilayah Selatan, PBMalNS MAINS, Mohd. Azreen Abu Bakar, Imam Masjid Kampung Kuala Tengah, Hafid Alias dan ketua kampung, Zaili Ujang. Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.