Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

MURUNG, TINGGAL DALAM STOR

214mei3

SENAWANG, 29 Sept - Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) dengan kerjasama ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Taman Rasa Sayang telah bersama-sama menyantuni seorang ibu kemurungan yang terpaksa menumpang tidur di dalam sebuah stor bersama 4 orang anaknya sejak hampir 2 minggu lalu atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Difahamkan, sejak semalam, lima beranak ini telahpun dipindahkan ke sebuah rumah transit dalam taman tersebut dengan ihsan pihak masjid. Sekiranya berjaya mencari rumah sewa baharu, PBMalNS MAINS melalui Pejabat Agihan Seremban akan membantu menyelesaikan bayaran deposit dan pendahuluan sewaan selama tiga bulan. Berdasarkan rekod, ibu tersebut pernah menerima bantuan menyelesaikan tunggakan sewaan rumah, elektrik dan air pada tahun 2019. Difahamkan juga, beliau kini sedang menerima rawatan psikiatri berkala di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ). Hadir menyantuni ialah Pegawai Agihan Seremban, Mohd Suhaimi Mohd Aziz, Ketua Unit Kaunseling Asnaf, Zana Ruslinda Ujang dan Pengerusi Masjid Taman Rasa Sayang, Zulkifli Muhamed. #admin Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.