Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BANTUAN KATIL, TILAM ANGIN

9julai2

SENAWANG, 29 Sept - Sabri Razali, 41, penerima bantuan am kebajikan, persekolahan dan perubatan sejak 2015, terlantar sejak Julai lalu akibat pelbagai penyakit antaranya kencing manis, darah tinggi dan demam denggi. Lebih memeritkan, sebahagian usus besar beliau terpaksa dikeluarkan dari permukaan perut dan bergantung kepada penggunaan beg stoma selain komplikasi pada bahagian punggung akibat rawatan-rawatan sebelum ini ketika berada di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban. Sepanjang terlantar, isterinya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji bagi memberikan sepenuh perhatian kepada Sabri selain menguruskan 3 orang anak yang masih bersekolah. Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) melalui Bahagian Agihan Senawang telah turun menyampaikan bantuan katil pesakit beserta seunit tilam angin dan bantal serta mesin tekanan darah. Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Datuk Mohamad Taufek Abd. Ghani. Hadir sama Pegawai Agihan Senawang, Mohd. Suhaimi Mohd. Aziz. #admin Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.