Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ASNAF TERIMA BANTUAN METER & SALURAN AIR

21mei

REMBAU, 21 Okt - Asnaf, Meriam Rahim, 70, yang tinggal seorang diri di rumahnya di Kampung Kundur Tengah menerima bantuan am kebajikan pemasangan meter dan saluran air di rumahnya selepas beberapa tahun terpaksa mengambil air bagi urusan seharian di rumah saudara yang tinggal bersebelahan. Pejabat Agihan Rembau, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS) melalui pegawainya, Amirul Aizuddin Ali telah turun menyampaikan khabar gembira tersebut di kediaman Meriam pagi tadi. PBMalNS membantu menjelaskan kos sebanyak RM5,000 manakala Pejabat DUN Chembong melalui penyelarasnya, Nasarudin Ibrahim membantu lebihan kos berjumlah RM3,000. Gambar Ihsan.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.