Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BAPA TUNGGAL TINGGAL SEORANG DIRI

9julai2

PORT DICKSON, 22 Okt - Musraini Mustapar, 43, tinggal seorang diri di Taman Toh Kee Kah (TKK), Port Dickson setelah bercerai dengan isterinya 4 tahun lalu. Lebih malang, beliau terpaksa meninggalkan pekerjaan di sebuah syarikat elektrik akibat kemalangan dan mengalami komplikasi saraf 3 tahun lalu. Disebabkan sudah lama tidak berpendapatan, beliau kini menanggung tunggakan bil elektrik dan air yang tinggi selain turut menghadapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS) melalui Pejabat Agihan Port Dickson telah menziarah Musraini di kediamannya pagi tadi bertujuan mengambil maklumat terkini kerana tiada rekod permohonan beliau. Borang-borang bantuan susulan juga telah diserahkan dan akan disalurkan setelah dinilai. Kisah Musraini baru-baru ini telah mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya My Kasih Care dan aktivis kemanusiaan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’. Hadir sama Pengerusi Masjid Qaryah Bagan Pinang, Isnin Abdullah. Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.