Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

PBMalNS SALUR BANTUAN RM8.5 juta

Seremban: Jabatan Zakat Perbadanan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PBMalNS) menyalurkan bantuan sebanyak RM8.6 juta bagi meringankan beban keluarga yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

Ketua Bahagian Agihan PBMalNS, Mahadi Ali berkata, ia disalurkan kepada lebih 4,000 individu dan keluarga khususnya golongan B40, peniaga, penjaja yang hilang punca pendapatan dan golongan yang kehilangan kerja. Katanya, bantuan merangkumi beberapa kategori termasuk petugas barisan hadapan yang disalurkan melalui kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) dan Pejabat Kesihatan Daerah termasuk pasukan polis, tentera, petugas hospital dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

"Bantuan dalam bentuk wang tunai dan barangan dapur juga disalurkan kepada golongan asnaf dan fakir miskin serta anak yatim, selain pesakit dalam pemerhatian (PUS) dan kepada institusi masjid dan surau yang turut terkesan sepanjang PKP. "Sehingga kini, bantuan berkenaan masih terus berjalan dan selain melalui permohonan yang diterima daripada mereka yang memohon, kakitangan jabatan juga turut turun padang mencari golongan yang memerlukan bantuan dan benar-benar menghadapi kesempitan hidup kerana Covid-19," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Mahadi berkata, pihaknya menjangkakan bantuan berkenaan akan terus bertambah dari semasa ke semasa kerana permohonan masih diterima dan pihaknya akan menjalankan siasatan terlebih dulu sebelum menyalurkan bantuan yang sesuai.

Beliau berkata, PBMalNS sentiasa peka dan prihatin mengenai situasi yang sedang dilalui sejak hari pertama pelaksanaan PKP khususnya asnaf dan masyarakat yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19. "Selain menghubungi jabatan, permohonan bantuan juga boleh dibuat melalui aplikasi WhatsApp Skuad Belo Asnaf di talian 019-6235051," katanya.

Kredit : Harian Metro

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.