Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BANJIR PALING TERUK SEJAK 1970-an

SEREMBAN, 4 Nov - Hujan lebat selama kira-kira tiga jam bermula 12.30 tengah malam tadi mengakibatkan beberapa tempat dalam daerah ini termasuk Rantau dinaiki air sehingga ada melebihi 2 meter. Antara kawasan yang teruk terjejas ialah Kampung Datuk Mansor dan Kampung Batu 3 selain Kampung Rasah, Kampung Semarak, Kampung Seri Mantau, Kampung Sentosa dan Kampung Paroi.

Seorang mangsa yang tinggal di Kampung Batu 3 berkata, hujan lebat menyebabkan air naik dengan sangat deras tambahan rumah beliau terletak berdekatan Sungai Linggi. "Memang tidak sempat selamatkan barang-barang rumah sebab air naik laju sampai ke paras dada. "Kalau air naik lebih tinggi, mak cik sekeluarga bersama cucu-cucu memang fikir untuk naik menyelamatkan diri atas bumbung rumah," kata Norsiah Zulkifle, 57.

Sementara itu, seorang lagi mangsa dari Kampung Datuk Mansur berkata, banjir yang melanda kampung beliau kali ini adalah banjir yang paling teruk sejak tahun 1970-an. "Sebelum ini pernah juga beberapa kali banjir, tetapi tidak pernah seteruk ini," kata Siti Suria Zainuddin, 49. "Kami sekeluarga sudah tidak ada apa-apa walaupun pakaian dan tempat tidur untuk digunakan malam ini," tambah beliau lagi.

Bermula sejak pagi tadi, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS) giat mengagihkan bantuan ke kawasan-kawasan terjejas tersebut dengan jumlah keseluruhan 325 buah keluarga telah disantuni. Operasi bantuan yang berakhir jam 10 malam tadi disertai sendiri Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Ust. Ahmad Husaini Mustafa. Turut serta Ketua Bahagian Agihan, Mahadi Ali, Ketua Wilayah Tengah, Che Som Omar, Ketua Unit Khidmat Kebajikan, Mohd. Zahid Mohammad serta pegawai-pegawai Skuad Belo Asnaf. Operasi dijangka bersambung hari esok dengan agihan bantuan untuk mangsa-mangsa kawasan Ampangan dan Rantau. 

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.