Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

TILAM BANTU TERAPUNG

6nov2020

SEREMBAN, 6 Nov - Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS) telah turun menyantuni mangsa-mangsa banjir yang tinggal di Kuarters Kakitangan MARA Negeri Sembilan di Jalan Zaaba pagi tadi. Seorang mangsa berkata, hujan lebat dalam masa satu jam telah menyebabkan air naik hingga ke paras dada tanpa sempat menyelamatkan barang-barang. "Mujur ada tilam yang boleh terapung untuk saya dan anak-anak berpaut untuk selamatkan diri," kata Wan Mohd Roslan Abu Bakar yang lebih dikenali sebagai Pak Wan. Sementara itu, seorang lagi mangsa, Mohd. Hanif Hasan, 39, berkata, akibat bencana kali ini, anak-anak beliau dalam keadaan trauma dan kini ditempatkan di rumah inap desa (homestay) yang ditanggung oleh MARA Negeri Sembilan. Turun menyempurnakan bantuan Ketua Wilayah Tengah, Che Som Omar bersama pegawai-pegawai agihan Seremban. Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim

 

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.