Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BAITULMAL ZIARAH 'PAK CIK FAKHARUL'

9nov2020

SEREMBAN, 9 Nov - Setelah terpaksa menutup kedai makanan barat yang diusahakan di Senawang akibat pandemik dan menjual secara lelong semua peralatan kedai, Mohd. Fakharulzaman Abd. Malik, 43, yang juga terpaksa keluar dari rumah sewa baru-baru ini telah diambil untuk tinggal bersama salah seorang pembeli barangan lelong beliau di Taman Sungai Ujong dekat sini. Difahamkan, atas rasa simpati, pembeli tersebut yang berbangsa India mengajak sendiri Fakharulzaman bersama isteri untuk tinggal bersama dan diberikan sebuah bilik khas untuk makan dan solat. Mengambil maklum kesusahan dialami beliau, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS) melalui Unit Kecemerlangan Mualaf telah turun menziarahi beliau di kediaman tersebut bagi mengambil maklumat keperluan bantuan terkini dan menyampaikan sumbangan bencana banjir yang melanda kawasan tersebut. Berdasarkan rekod, Fakharulzaman pernah dibantu dengan bantuan am kebajikan pada 2018 dan 7 kali bantuan yang sama dalam tahun ini sementara bantuan fakir miskin beliau dalam proses kelulusan. Hadir menyantuni ialah Ketua Unit Kecemerlangan Mualaf, Muhammad Adnan Abdullah bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Skuad Mubaligh Negeri Sembilan. Fakharulzaman juga akan dibawa ke penempatan baharu setelah selesai proses perbincangan bersama tuan rumah.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.