Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

RUMAH ROBOH DIPUKUL OMBAK

10n0v2020

PORT DICKSON, 16 Nov - Lebih kurang jam 6.40 pagi 18 Oktober lalu, air pasang besar serta ombak yang kuat mengakibatkan sebahagian rumah Azrul Johari, 30, yang dibina berhampiran jeti Kuala Lukut Chuah musnah. Dengan kerjasama penduduk setempat dan tukang, rumahnya kini telah selamat untuk diduduki semula selepas hampir sebulan kerja-kerja baik pulih dijalankan. "Dana baik pulih rumah ini adalah daripada sumbangan orang ramai serta bantuan daripada Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," kata beliau dalam ziarah Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS) pagi tadi. Azrul yang tinggal bersama isteri serta 4 orang anak yang masih kecil bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan bergantung kepada hasil tangkapan ikan dan jualan umpan sahaja. Berdasarkan rekod, beliau menerima bantuan bulanan sebanyak RM250 sebulan dan barangan dapur bernilai RM50 sejak 2016 selain bantuan am persekolahan untuk anak-anaknya yang bersekolah. Dalam ziarah pagi tadi, PBMalNS melalui Pejabat Agihan Port Dickson telah menyampaikan cek bantuan yang disempurnakan oleh Ketua Wilayah Utara, Zamru Samsudin. Hadir sama Pegawai Agihan Port Dickson, Mohd. Hafiz Abu Yazid dan Pegawai Kutipan Port Dickson, Kamarul Zaman Alias. Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.