Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

"MAK HANYA SEMPAT GUNA KATIL 4 JAM"

10n0v2020

SEREMBAN, 16 Nov - Seorang guru berusia 52 tahun yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pagi telah mewakafkan sebuah katil pesakit untuk kegunaan seorang asnaf yang hilang sebelah kaki akibat kencing manis kronik. "Saya belikan katil ini untuk kegunaan emak tetapi hanya sempat digunakan selama lebih kurang 4 jam sebelum emak pergi meninggal kami sekeluarga buat selama-lamanya," kata Masniza Mustafa. Beliau sebelum ini menyatakan hajatnya ingin berwakaf kepada Pejabat Baitulmal Daerah Seremban yang kebetulan baru sahaja menerima permohonan katil asnaf tersebut yang tinggal di Taman Cengal Utama, Ampangan. "Saya berharap pahala wakaf ini akan mengalir untuk emak," tambah beliau. Penyerahan katil telah dibantu Pegawai Agihan Seremban, Mohd. Suhaimi Abdul Aziz bersama pegawai-pegawai Skuad Belo Asnaf, Mohd. Ashraf Abdul Aziz dan Mohd. Hasbollah Ahmad. Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.