Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BANTUAN BULANAN BUAT AMRAN TOMPEL

10n0v2020

SENAWANG, 16 Nov - Pelakon dan pelawak yang pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar 1990-an sehingga 2014, Amran Aman Ramlie atau lebih dikenali sebagai Amran Tompel, 70, terlantar sejak Mac lalu akibat serangan strok. Kesusahan hidup beliau yang tinggal di rumah sewa anaknya di Taman Matahari Height, Senawang mendapat perhatian Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS) yang turun menyampaikan meja makan beroda untuk kegunaan beliau pagi tadi. Sebelum ini, bantuan bulanan berupa lampin pakai buang dan kos ubat-ubatan telah pun diluluskan selain bantuan wang tunai secara sekali bayar (one-off). Turun menyampaikan bantuan Pegawai Agihan Seremban, Mohd. Suhaimi Abdul Aziz bersama pegawai-pegawai Skuad Belo Asnaf, Mohd. Ashraf Abdul Aziz dan Mohd. Hasbollah Ahmad. Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.