Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

RM60,000 BANTU MANGSA RIBUT MAMBAU

7nov2020

SEREMBAN, 17 Nov - Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato' Mohamed Husein dan setiausahanya, Ahmad Husaini Mustafa bersama-sama dengan Skuad Belo Asnaf dan Pejabat Agihan Wilayah Utara telah mengagihkan bantuan kepada 25 buah keluarga dari Kampung Batu 3 dan 20 buah keluarga dari Kampung Kayu Ara dekat sini yang terjejas akibat ribut kelmarin. Operasi penghantaran bantuan telah mendapat kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kedua-dua kampung. Setiap keluarga yang terjejas menerima bantuan RM1,000 dengan jumlah keseluruhan RM45,000. Dua surau dalam kampung tersebut iaitu Surau al-Munawwarah dan Surau Kampung Kayu Ara masing-masing menerima bantuan musibah ribut dan banjir berjumlah RM10,000 dan RM5,000. Jumlah keseluruhan bantuan hari ini adalah sebanyak RM60,000 melalui dana zakat. Turut hadir Ketua Bahagian Agihan Zakat, PBMalNS, Mahadi Ali, Ketua Wilayah Utara PBMalNS, Zamru Samsudin, Pengerusi Kampung Batu 3, Ariffin Othman, Pengerusi Kampung Kayu Ara, Mohd. Fared Ahmad, Ketua Unit Khidmat Kebajikan, PBMalNS, Mohd. Zahid Mohammad bersama pegawai-pegawai Skuad Belo Asnaf.

7nov2020 1   7nov2020 1   7nov20202

Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.