Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BAITULMAL BANTU PENUH, BUKAN RM3,000 SAHAJA

10n0v2020

PORT DICKSON, 22 Nov - Muhammad Syahmi Mohd. Shamsul Bahari, 19, perlu menjalani prosedur Brachiobasilic Fistula (BBF) atas nasihat pakar dari Mahkota Medical Centre (Mahkota) bagi pesakit buah pinggang yang mempunyai urat 'cephalic' yang tidak jelas sebelum memulakan rawatan hemodialisis. Kos keseluruhan prosedur tersebut berjumlah RM12,000 telah diluluskan Pejabat Agihan Port Dickson, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS) dengan bayaran mengikut fasa seperti dicadangkan Mahkota. Syahmi akan menjalani fasa pertama 'Left BBF' dengan kos RM3,000 manakala fasa kedua 'Transpositon of Left BBF' dengan baki kos sebanyak RM9,000. Walaubagaimanapun, difahamkan, fasa kedua tidak perlu dilakukan sekiranya fasa pertama berjaya 'menemui urat' Syahmi bagi menjalani rawatan hemodialisis. Syahmi dijangka memulakan prosedur dalam masa terdekat. Ketika dihubungi, bapa kepada Syahmi, Mohd. Shamsul Bahari Ab Jalal, 48, berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada Baitulmal yang telah memberi kelulusan permohonan untuk anaknya. "Dahulu saya memang senang, ada pekerjaan tetapi selepas emak dan anak saya sakit, saya perlu memberi perhatian penuh kepada insan-insan ini," kata beliau. Menurut beliau lagi, emaknya juga pernah dibantu Baitulmal sebelum ini selain turut menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ditanya mengenai laporan sebuah akhbar tentang Baitulmal hanya membantu RM3,000, beliau berkata, mungkin terdapat salah faham daripada pihak beliau ketika membaca surat kelulusan bantuan. Gambar ihsan.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.