Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ZIARAH IBU TUNGGAL

9nov2020

AMPANGAN, 26 Nov - Kehilangan suami sejak Januari tahun ini, Rosa Fatma Syafril, 32, terpaksa membesarkan 3 orang anak berusia antara 4 hingga 12 tahun seorang diri. Melalui informasi yang diterima daripada Pejabat Khidmat DUN Ampangan, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS) telah turun menziarahi Rosa yang tinggal menyewa di Taman Dato' Syahbandar, Ampangan petang tadi. Bantuan wang tunai segera telah disampaikan di samping maklumat-maklumat terperinci untuk bantuan-bantuan selanjutnya telah diambil maklum. Turun ziarah ialah Ketua Wilayah Tengah, Che Som Omar, Pegawai Agihan Menara MAINS, Nur Fairusha Remali, Pegawai Khas Khidmat DUN Ampangan, Abdul Malek Adam dan Pengurusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Landak, Abu Omar Abdullah. .

Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.