Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BANTUAN BANJIR & SUMBANGAN AL-QURAN

9nov2020

SEREMBAN, 26 Nov - Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato' Mohamed Husein telah turun menyampaikan cek bantuan bencana banjir & sumbangan naskhah al-quran untuk Surau Kampung Dato' Mansor dekat sini dan Masjid Kuala Sawah, Rantau petang tadi. Surau Kampung Dato' Mansor menerima bantuan berjumlah RM10,000 manakala Masjid Kuala Sawah menerima bantuan berjumlah RM 20,000 termasuk sumbangan 20 dan 50 naskhah al-quran masing-masing. Program telah mendapat kerjasama Ahli Jawatankuasa (AJK) surau dan masjid serta pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). Turut hadir Ketua Jabatan Zakat, PBMalNS, Zainal Said, Ketua Bahagian Agihan, PBMalNS, Mahadi Ali, Nazir Kampung Dato' Mansor, Muhammad Isa Jamaludin dan Pengerusi Masjid Kuala Sawah, Dato Hanafi Sulaiman.

Foto: Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.