Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

2 ASNAF TERIMA MOTOSIKAL

9nov2020

SEREMBAN, 1 Dis - Muhamed Yusly Yusof dan Zulkifli Ramli masing-masing mengusahakan perniagaan kecil-kecilan telah menerima bantuan motosikal roda tiga pagi tadi. Motosikal berjenama Modenas itu telah diserahkan sendiri Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato' Mohamed Husein di tapak perkarangan Menara MAINS. Dalam majlis yang sama, Muhamed Yusly, seorang kurang upaya (OKU) yang menjalankan perniagaan keropok lekor dan Zulkifli yang mengusahakan perniagaan nasi lemak dan pisang goreng turut menerima Sijil Pemilikan Kenderaan, topi keledar, set baju hujan dan kunci keselamatan. Turut hadir Ketua Jabatan Zakat, Zainal Said, Ketua Bahagian Agihan Zakat, Mahadi Ali, Ketua Unit Khidmat Kebajikan, Mohd. Zahid Mohammad serta pegawai-pegawai agihan

Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.