Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ZIARAH MANGSA BANJIR KG. JIMAH LAMA

9nov2020

SEREMBAN, 5 Dis - Meneruskan usaha ziarah dan bantuan banjir Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS) melalui Bahagian Agihan Port Dickson Wilayah Utara telah turun ke Kampung Jimah Lama bagi menyantuni dan menyampaikan bantuan berupa wang tunai kepada 17 buah keluarga terjejas pagi ini. Hujan lebat pada hari Isnin lalu mengakibatkan beberapa tempat dalam kawasan kampung ini dinaiki air sehingga ke paras pinggang. Bantuan telah disampaikan Ketua Wilayah Utara, PBMalNS, Zamru Samsudin bersama Ketua Bahagian Korporat, Mohd. Hasni Zulkifli serta Pegawai Agihan Port Dickson, Mohd. Hafiz Abu Yazid. Hadir sama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Jimah Lama, Tengku Mohd. Nasir Tengku Sahit dan Setiausaha, Othman Samsudin.

Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.