Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

RUMAH PENGAWAL KESELAMATAN ROSAK DIHEMPAP POKOK

9nov2020

NILAI, 8 Dis - Dahan pokok yang sudah tua tiba-tiba patah dan menghempap sebahagian besar rumah pengawal keselamatan, Mohamad Amran Sulaiman, 47, yang tinggal di Kampung Sungai Machang Hilir, Mantin. Kejadian yang berlaku pada tengah hari 4 Disember lalu walaubagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semua penghuni tiada di rumah. Difahamkan, disebabkan kemalangan itu, sebuah tabung derma kilat telah digerakkan oleh kakitangan Sekolah Kebangsaan Sungai Machang, tempat di mana salah seorang anak mangsa bersekolah. Kerja-kerja membersihkan dahan-dahan yang patah telah dibantu pasukan bomba dengan kerjasama pihak ADUN Lenggeng, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), masjid serta penduduk kampung. Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS) yang telah menziarahi Amran semalam telah menyampaikan bantuan segera berjumlah RM500 dan akan turut membantu kos-kos baik pulih, keperluan rumah dan barang-barang dapur yang dianggarkan berjumlah RM5,000. Bantuan telah disampaikan Pegawai Agihan Nilai, Mazuwan Mohd. Rani.

Gambar ihsan.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.