Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

4 KELUARGA TERJEJAS BANJIR TERIMA BANTUAN

7nov2020

JELEBU, 8 Dis - Hujan lebat kira-kira jam 3 pagi tadi mengakibatkan 3 kawasan dalam daerah ini iaitu Kampung Pianggu, Kampung Larung dan Kampung Seperi dinaiki air sehingga 2 meter. Menurut seorang penduduk, Ismail Acob, 56, beliau hanya sedar air sudah masuk ke dalam rumah selepas terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi. Tambah beliau, sebelum ini hujan lebat hanya mengakibatkan air naik sehingga kawasan luar rumah sahaja dan berbeza kali ini apabila air masuk ke dalam rumah termasuk bilik tidur dan dapur. Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS) Wilayah Timur melalui Bahagian Agihan Jelebu telah turun ke semua kawasan tersebut bagi menyantuni dan menyampaikan bantuan berupa wang tunai segera kepada 4 buah keluarga yang terjejas. Bantuan telah disampaikan Pegawai Agihan Jelebu, Amir Syukri Abdul Jalil dengan kerjasama Setiausaha Kampung Larung, Mohd. Amin Sulaiman dan wakil ahli jawatankuasa Kampung Pianggu, Zainal Abidin Tahar.

7nov2020 1 7nov2020 3 7nov20202

Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.