Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

QSR, LPP SERAH ZAKAT PERNIAGAAN

9nov2020

SEREMBAN, 23 Dis - Syarikat QSR Brands (M) Holdings Berhad telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM139,476.00 kepada Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS) dalam sebuah majlis ringkas bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 16, Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pagi tadi. Dalam majlis yang sama, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Sembilan juga turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM36,259.30. Zakat masing-masing telah diserahkan oleh Pengurus Besar Jabatan Kewangan QSR Brands (M) Holdings Berhad, Arief Putra dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah LPP, Atan Wahab serta diterima oleh Pengerusi MAINS, Dato' Mohamed Husein disaksikan sama oleh setiausahanya, Ahmad Husaini Dato' Haji Mustafa. Turut hadir Pemangku Ketua Jabatan Syariah & Pematuhan Halal QSR Brands (M) Holdings Berhad, Hayazi Darus, Pengurus Besar LPP Negeri Sembilan, Abd. Razak Said, Pengurus Hal Ehwal Korporat LPP Negeri Sembilan, Mohamad Munir Abd. Kadir, Ketua Pegawai Operasi, PBMalNS, Nor Azmi Musa dan Ketua Jabatan Zakat, PBMalNS, Zainal Said.

Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.