Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

YAM TUNKU ALI REDHAUDDIN MENUNAIKAN ZAKAT

SEREMBAN, 25 Dis - Jumaat yang penuh barakah, YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz hari ini telah mengambil kesempatan untuk menunaikan zakat beliau bagi tahun 2020. Zakat telah diterima oleh Ketua Pegawai Operasi, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS), Ust. Nor Azmi Musa dan disaksikan sama oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Tn. Hj. Ahmad Husaini Dato Hj. Mustafa di Istana Munarah, Seremban.
 
YAM Tunku turut menyeru kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang layak menunaikan zakat agar dapat berbuat demikian, bagi membantu meringankan beban masyarakat Islam di negeri ini yang terkesan dan terjejas akibat pandemik wabak COVID-19 ini.
 
Gambar ihsan. Berita suntingan Istana.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.