Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

SUDAH DITIMPA POKOK, RUMAH DINAIKI AIR PULA

9nov2020

NILAI, 28 Dis - Rumah didiami seorang balu yang mempunyai anak orang kurang upaya (OKU), Roslinah A. Kadir, 60, baru-baru ini telah ditimpa pokok besar yang terletak berhampiran dengan rumah beliau di Kampung Sungai Mahang dekat sini. Pokok yang tumbang menyebabkan bahagian rumah pada atap dan dapur rosak manakala banyak peralatan rumah turut mengalami kerosakan. Lebih malang lagi, selang 4 hari selepas kejadian tersebut, rumah Roslinah dinaiki air akibat banjir yang melanda persekitaran kampung selepas hujan lebat selama beberapa jam. Hasil aduan melalui aplikasi WhatsApp, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS) melalui Pejabat Agihan Nilai telah turun menziarahi Roslinah di kediamannya bagi menyampaikan bantuan tunai segera berjumlah RM500 selain bantuan susulan berjumlah RM5,000 untuk membaiki bahagian rumah yang rosak dan membeli keperluan rumah. Bantuan telah disampaikan oleh Pegawai Agihan Nilai, Mohd. Fauzi Ismail.

Foto:Gambar ihsan.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.