Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

"ADA EMAS TAK PAKAI, KENA ZAKAT. ADA DUIT TAK PAKAI, KENA WAKAF"

9nov2020

KUALA LUMPUR, 29 Dis - Sudah menjadi prinsip dan amalan sejak 3 tahun lalu, Yusnah Mohd. Yunus, 74, akan melaksanakan wakaf tunai kepada setiap negeri melalui institusi agama negeri bertanggungjawab masing-masing pada hujung tahun. Pesara guru ini yang tinggal bersama suaminya yang berusia 75 tahun di Bukit Damansara, Kuala Lumpur telah menjadikan wakaf sebagai usaha memperbanyak tabungan akhirat beliau setelah mendengar kisah-kisah teladan daripada kehidupan Nabi ﷺ dan para sahabat. Menurut beliau, walaupun jumlah wakaf pada tahun ini sedikit kurang daripada jumlah sebelum ini, tetapi tetap dilaksanakan kerana beliau faham dan percaya ada rezeki orang lain dalam setiap harta yang dimiliki. "Kita simpan duit dan harta banyak-banyak untuk apa, sebab semua ini pasti kita akan tinggalkan," kata Yusnah. "Prinsip saya mudah, kalau ada emas tak pakai, kena zakat, kalau ada duit tak pakai, kena wakaf," tambah beliau lagi. Pegawai-pegawai daripada Jabatan Wakaf dan Sumber Am, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS), Abdul Hadi Abdul Aziz dan Mohamad Zhafri Ibrahim telah berkesempatan mengunjungi Yusnah dan suami di kediamannya petang tadi bagi menerima wakaf tunai dan menyempurnakan akad. "Insya-Allah saya akan meneruskan amalan wakaf ini selagi saya mampu dan masih bernafas," ujar beliau.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.