Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

2 MINGGU KOMA, PENIAGA NASI LEMAK HILANG PENDAPATAN

9nov2020

PEDAS, 30 Dis - Mempunyai 5 tanggungan, seorang isteri dan 4 orang anak berusia 4 bulan hingga 8 tahun, pendapatan Azad Mohd, 37, sebagai peniaga nasi lemak kini terhenti selepas mengalami pendarahan dalam kepala akibat darah tinggi hingga menyebabkan beliau koma sejak 2 minggu lalu. Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS) melalui Pejabat Agihan Rembau dan Pejabat Kaunseling Rembau telah turun menziarahi isteri dan anak-anak beliau di kediaman mereka di Kampung Minching semalam bagi menyampaikan bantuan wang tunai dan memberikan kata-kata semangat. Keluarga ini juga akan menerima bantuan tunai secara bulanan di bawah asnaf fakir miskin selepas ini memandangkan keadaan ketua keluarga yang sakit teruk dan tidak mempunyai sumber pendapatan lain. Hadir menyantuni Pegawai Agihan Rembau, Amirul Aizuddin Ali dan Kaunselor PBMalNS, Haryati Kamarudin.

Gambar ihsan

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.