Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KAUNTER KUTIPAN MAINS

DIBUKA 7 HARI SEMINGGU

SEPANJANG BULAN DISEMBER 2021
Isnin - Khamis : 8.30pg - 4.45ptg
JUMAAT : 8.30pg - 12.15ptg / 2.45ptg - 4.45ptg
SABTU, AHAD & CUTI UMUM : 9.00PG - 4.00PTG
janjitemu
zakat
online
Senang, Cepat Dan Mudah
Tunai ZAKAT

Menggunakan FPX dan Kad Debit/Kredit Islamik

wakaf
wakafonline
MULAKAN WAKAF ANDA DI SINI
Senang, cepat dan mudah

"kerana RM1, kaya di akhirat!"

previous arrow
next arrow
Slider

KUTIPAN ZAKAT BULAN OKTOBER 2021

RM8,397,149.54

AGIHAN ZAKAT BULAN OKTOBER 2021

RM7,895,906.60

NISAB SEMASA

RM20,970.96

Shadow
Slider

PROMOSI / INFORMASI

BERITA SEMASA

WAKTU SOLAT NS

Waktu
ZON 1
ZON 2
Subuh
5:50 am
5:52 am
Zohor
1:05 pm
1:07 pm
Asar
4:28 pm
4:30 pm
Maghrib
7:02 pm
7:05 pm
Isyak
8:17 pm
8:20 pm

 

Zon 1 - Tampin Dan Jempol
Zon 2 - Seremban, PD, Kuala Pilah, Jelebu & Rembau

MUAT TURUN BORANG / JADUAL

 

Muat Turun Aplikasi Telefon Pintar MAINS

Aplikasi MAINS adalah inisiatif Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, MAINS dalam menyalurkan maklumat berkaitan kutipan dan agihan zakat, wakaf, dan informasi berkaitan MAINS kepada orang ramai di Negeri Sembilan. Di samping itu juga, aplikasi ini menyediakan perkhidmatan pembayaran atas talian seperti zakat, wakaf bagi memudahkan pembayar menunaikan kewajipan mereka dengan cepat dan mudah.

Boleh di dapati Google Play. Katakunci : MAINS

 

playstore

 

 

Image

#MAINSBantu

9nov2020

Setiap manusia yang Allah cipta, masing-masing ada ujian dan dugaan, suka dan duka. Hebatnya Allah, dijanjikan pula setiap ujian yang datang tidak akan melebihi kemampuan dan kejayaan itu sentiasa ada bersama orang-orang yang sabar. Bagi seorang ibu, Saleha Shamsul Bahrin reda dengan anugerah yang Allah kurniakan pada bulan Disember 2020 dengan kelahiran seorang anak perempuan yang sangat istimewa. Namanya Aafiyah, kini berusia 7 bulan sudah. Istimewanya anak ini, sakit yang adik Aafiyah hadapi adalah kes seumpamanya yang ke-4 di bawah seliaan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), tempat di mana Aafiyah akan menjalani prosedur pembedahan segera pada 2 Julai bulan hadapan. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Adik Aafiyah kuat. Bahkan sangat kuat. Kata si ibu, bahagian kepala Aafiyah semakin melonjong disebabkan tekanan dalam kepala yang sangat tinggi. Saiz kepala dan tengkorak Aafiyah tidak dapat membesar dengan sekata. Pihak hospital mengklasifikasikan penyakit Aafiyah sebagai kecacatan tengkorak kepala. Kata ibu lagi, saraf-saraf mata Aafiyah makin membengkak. Ibu tahu Aafiyah sakit. Tetapi, Aafiyah tak dapat nak kata Aafiyah sedang sakit. Suara Aafiyah tak dapat orang dengar. Leher Aafiyah pun sudah ditebuk untuk Aafiyah bernafas. Si ibu hanya tahu Aafiyah sakit dengan linangan air mata Aafiyah, tanpa sebarang bunyi, tanpa sebarang rungutan seorang anak kecil. “Daripada melihat Aafiyah sakit begini, biarlah ibu yang tanggung segala kesakitan Aafiyah,” kata Saleha. Insan-insan yang berada di sekeliling Saleha lantas berkata, jangan. Menidakkan doa Saleha yang nyata dalam kesakitan seorang ibu yang melahirkan. Andai Saleha yang sakit, siapa yang akan menjaga Aafiyah? Andai Saleha yang sakit, siapa yang akan terus kuat untuk Aafiyah? Sesungguhnya, di atas muka bumi yang sangat sementara ini, tiada perancangan yang lebih hebat daripada perancangan Tuhan. “Allah nak bagi saya pahala untuk saya jaga anak syurga,” reda seorang ibu. “Ketika saya dan suami menerima dengan seikhlas hati ‘anugerah’ Tuhan ini, tiada apa yang susah untuk kami menjaga Aafiyah. “Kalau kita reda, Allah akan mudahkan segala-galanya. “Allah-lah sebaik-baik perancang untuk Aafiyah,” kata Saleha dalam nada sendu. Ada ketika, Saleha menghulurkan telefon menunjukkan gambar-gambar Aafiyah yang sentiasa diambilnya mengikut perkembangan semasa anak syurga ini. “Saya tak tahu apa akan jadi pada Aafiyah pada masa akan datang. “Sebab itu gambar Aafiyah sentiasa saya ambil untuk simpanan saya,” kata Saleha. Pembedahan yang bakal Aafiyah jalani pada 2 Julai ini memerlukan kos sebanyak RM60,000. Mendengar jumlah itu, terduduk Saleha bersama suami. Mana mahu dicari, digali duit sebanyak itu dalam tempoh masa yang begitu singkat ini. Tetapi, itulah. Kuasa Tuhan, rezeki Tuhan untuk Aafiyah kita tak pernah tahu. Semalam, Saleha tergerak hati menyiarkan secebis cerita Aafiyah di Facebook melalui akaun peribadinya. Menakjubkan! Tidak sampai 24 jam, akaun bank milik Saleha disekat pihak bank kerana terlalu banyak sumbangan orang ramai yang sayangkan Aafiyah, ingin melihat Aafiyah tertawa, ingin melihat Aafiyah berlari-lari seperti anak-anak yang lain nanti. Kos rawatan sudah mencukupi. Aafiyah hanya menunggu hari untuk pembedahan. Doa, usaha dan tawakal tidak pernah putus. Sokongan keluarga, saudara mara, jiran tetangga, masyarakat setempat, pihak-pihak berwajib bahkan warganet sentiasa mengiringi. Pagi ini, seawal jam 8 pagi, kami telah menziarahi Saleha di rumah ibunya di Kampung Batu 3, Mambau. Ziarah oleh Penolong Pengarah, Unit Khidmat Kesihatan, MAINS, Norhafizah Daud ini tidak lain untuk mengambil maklumat terkini dan keperluan semasa Aafiyah. Jika disemak, MAINS melalui amanah zakat pernah membantu meringankan kos rawatan Aafiyah sebanyak RM10,000 pada penghujung Januari tahun ini dan RM1,000 pada bulan kelahiran Aafiyah. Hidup Aafiyah lama lagi, insya-Allah. Bantuan-bantuan susulan selepas pembedahan nanti juga akan dipertimbangkan seperti bantuan susu untuk makanan Aafiyah dan keperluan alat sokongan pernafasan. Dalam setiap kesusahan, pasti ada kemudahan. Bagi mereka yang telah membantu, percayalah, bantuan dan ganjaran yang lebih besar daripada Allah pasti akan kalian kecapi. Tidak di sini, mungkin di Sana nanti.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.