Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

janjitemu
zakat
online
Senang, Cepat Dan Mudah
Tunai ZAKAT

Menggunakan FPX dan Kad Debit/Kredit Islamik

wakaf
wakafonline
MULAKAN WAKAF ANDA DI SINI
Senang, cepat dan mudah

"kerana RM1, kaya di akhirat!"

previous arrow
next arrow
Slider

KUTIPAN ZAKAT BULAN OKTOBER 2021

RM8,397,149.54

AGIHAN ZAKAT BULAN OKTOBER 2021

RM7,895,906.60

NISAB SEMASA

RM20,970.96

Shadow
Slider

PROMOSI / INFORMASI

BERITA SEMASA

WAKTU SOLAT NS

Waktu
ZON 1
ZON 2
Subuh
5:46 am
5:48 am
Zohor
1:00 pm
1:02 pm
Asar
4:23 pm
4:25 pm
Maghrib
6:58 pm
7:01 pm
Isyak
8:12 pm
8:15 pm

 

Zon 1 - Tampin Dan Jempol
Zon 2 - Seremban, PD, Kuala Pilah, Jelebu & Rembau

MUAT TURUN BORANG / JADUAL

 

Muat Turun Aplikasi Telefon Pintar MAINS

Aplikasi MAINS adalah inisiatif Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, MAINS dalam menyalurkan maklumat berkaitan kutipan dan agihan zakat, wakaf, dan informasi berkaitan MAINS kepada orang ramai di Negeri Sembilan. Di samping itu juga, aplikasi ini menyediakan perkhidmatan pembayaran atas talian seperti zakat, wakaf bagi memudahkan pembayar menunaikan kewajipan mereka dengan cepat dan mudah.

Boleh di dapati Google Play. Katakunci : MAINS

 

playstore

 

 

Image

'MCT8-Specific Thyroid Hormone Cell Transporter Deficiency' (THCT Deficiency)


9nov2020


REMBAU, 31 Jul-"Dalam Malaysia, hanya 8 orang sahaja berpenyakit macam anak saya," kata Noorakmar Mahmood ketika menjelaskan penyakit 'MCT8-Specific Thyroid Hormone Cell Transporter Deficiency' (THCT Deficiency) yang dihidapi 2 orang anak lelakinya kepada kami dalam ziarah pagi tadi. "Penyakit ini berpunca daripada gen yang diwarisi," tambah Noorakmar. Tambahnya lagi, penyakit ini akan menyebabkan kecacatan pada otak, pertuturan dan keupayaan otot yang lemah, sebagaimana ditunjukkan Muhammad Arsyad Riffat Mohd. Arif yang berusia 6 tahun dan adiknya, Adam Yusuf Mohd. Arif yang berusia 1 tahun 5 bulan. Lebih menyedihkan, Noorakmar baru sahaja kehilangan anaknya yang keempat yang meninggal dunia ketika berusia 27 bulan di dalam kandungan. Katanya, menurut doktor, kalau pun anak keempatnya selamat dilahirkan, anak syurga itu juga akan menghidapi penyakit yang sama seperti Arsyad Riffat dan Adam Yusuf. "Doktor juga kata, disebabkan masalah gen ini, anak yang saya lahirkan akan normal sekiranya anak itu berjantina perempuan seperti anak sulung saya," kata Noorakmar lagi. Sebelum ini, anak-anak istimewa Noorakmar dibantu dengan amanah zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dengan bantuan bulanan lampin pakai buang, susu Pediasure dan susu rumusan khas Novalac AR. Walau bagaimanapun, berdasarkan keperluan semasa, susu Pediasure yang dibantu sebanyak 8 tin sebulan telah ditambah kepada 15 tin sebulan bermula bulan ini. Dalam menzahirkan naluri seorang ibu, Noorakmar berkata, "Seorang anak saya sudah menunggu di syurga, 3 orang anak ini amanah untuk kami jaga. "Suami saya menjaga kami dengan baik, kakak (anak sulung) pun menjaga adik-adiknya yang terlantar dengan baik," tambah Noorakmar. Dalam ziarah ke kediaman keluarga ini pagi tadi, turut disampaikan bantuan wang tunai segera dan barangan keperluan dapur bagi meringankan lagi beban ditanggung mereka sekeluarga. Bantuan-bantuan telah disempurnakan Pegawai Agihan Rembau, Amirul Aizudin Ali bersama pegawai-pegawai SGK MAINS, Mohd. Zahid Mohammad dan Amir Syukri Abdul Jalil. Terima kasih buat semua pembayar zakat yang telah menunaikan kewajipan masing-masing.



Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.