Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

janjitemu
zakat
online
Senang, Cepat Dan Mudah
Tunai ZAKAT

Menggunakan FPX dan Kad Debit/Kredit Islamik

wakaf
wakafonline
MULAKAN WAKAF ANDA DI SINI
Senang, cepat dan mudah

"kerana RM1, kaya di akhirat!"

previous arrow
next arrow
Slider

KUTIPAN ZAKAT BULAN OKTOBER 2021

RM8,397,149.54

AGIHAN ZAKAT BULAN OKTOBER 2021

RM7,895,906.60

NISAB SEMASA

RM20,970.96

Shadow
Slider

PROMOSI / INFORMASI

BERITA SEMASA

WAKTU SOLAT NS

Waktu
ZON 1
ZON 2
Subuh
5:46 am
5:48 am
Zohor
1:00 pm
1:02 pm
Asar
4:23 pm
4:25 pm
Maghrib
6:58 pm
7:01 pm
Isyak
8:12 pm
8:15 pm

 

Zon 1 - Tampin Dan Jempol
Zon 2 - Seremban, PD, Kuala Pilah, Jelebu & Rembau

MUAT TURUN BORANG / JADUAL

 

Muat Turun Aplikasi Telefon Pintar MAINS

Aplikasi MAINS adalah inisiatif Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, MAINS dalam menyalurkan maklumat berkaitan kutipan dan agihan zakat, wakaf, dan informasi berkaitan MAINS kepada orang ramai di Negeri Sembilan. Di samping itu juga, aplikasi ini menyediakan perkhidmatan pembayaran atas talian seperti zakat, wakaf bagi memudahkan pembayar menunaikan kewajipan mereka dengan cepat dan mudah.

Boleh di dapati Google Play. Katakunci : MAINS

 

playstore

 

 

Image

“BARBER CABIN” UNTUK USAHAWAN ASNAF


9nov2020


SENAWANG, 2 Oktober - Siti Aidah Ahmad ,50, tinggal di Taman Seri Mawar, penerima bantuan asnaf baitulmal Cawangan Senawang semenjak tahun 2019 sebanyak Rm550 sebulan. Beliau merupakan ibu tunggal kepada 3 orang anak ,yang sulung 19 tahun, kedua,18 tahun dan ketiga,14 tahun yang OKU terlantar. Sejak kematian suami 3 tahun lepas akibat penyakit kencing manis, kehidupan beliau berubah tanpa suami disisi. Suami beliau mengidap kencing manis sejak 3 tahun sebelum kritikal pada tahun 2018. Begitu banyak cabaran baginya untuk menjaga suami serta anak OKU yang juga bersilih ganti ke hospital akibat penyakit yang dihadapinya keluarganya. Semasa sihat suami beliau hanya bekerja kilang, setelah 2 tahun kilang ditutup , suami terus tidak bekerja sehingga sakit yang dihidapnya terus menyerang hingga ke tahap kritikal pada tahun 2018.Pelbagai kerja beliau lakukan selepas ketiadaan suami dengan mengambil upah mengemas rumah ,menggunting rambut , facial dan membuat sambal ikan bilis. Kini beliau menjadi ketua keluarga demi kesinambungan untuk menyara kehidupannya bersama anak-anak. Bersama program ini Pejabat Agihan MAINS Cawangan Senawang bekerjasama dengan Persatuan Cakna Taman Rasa Sayang (PCRS) untuk sama sama menyantuni asnaf yang kepakaranya hampir 35 tahun dalam bidang menggunting rambut bagi memperluaskan lagi perniagaannya di “barber cabin” yang terletak di Masjid Ar Raudhah Taman Rasa Sayang. Program ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan asnaf yang berpotensi dengan kemahiran yang ada untuk terus bedikari sehingga mereka berjaya keluar dari golongan asnaf dan meneruskan kehidupan dengan lebih berjaya . Antara Servis yang ditawarkan ialah servis gunting rambut ,facial, makeup, warna rambut, cuci, dengan harga bermula Rm 15.00 mengikut servis yang diminta. Beliau mula belajar menggunting rambut ini dengan emak saudara sejak umur 15 tahun sudah hampir 35 tahun sehingga kini. Ada juga mengikuti kursus yang dianjurkan bersama Belia. Waktu operasi “barber cabin” khas untuk wanita ini dibuka hanya hari jumaat sahaja dari jam 10.00pagi -1.00petang dan 3.00petang - 9.00malam. Bagi hari isnin hingga khamis “barber cabin” ini digunakan untuk lelaki sahaja. Pihak Baitulmal juga akan membantu dari segi kelengkapan peralatan menggunting rambut dan memantau perkembangan beliau di “barber cabin” dari masa ke semasa. Siti Aidah berhasrat dan percaya jika hasilnya mendapat sambutan yang luar biasa , beliau akan menjadi pemberi zakat kepada golongan yang kurang mampu di luar sana. Indahnya memberi dari menerima, tambah beliau. Beliau bercadang juga akan menambah perniagaannya dengan membuat masakan panas bersama anaknya bermula hari isnin hingga khamis mengikut tempahan. Hadir bersama Pegawai Agihan MAINS Cawangan Senawang, Mohd. Suhaimi Mohd. Aziz serta Penaung Persatuan Cakna Rasa Sayang(PCRS) , Zulkifli Muhamed dan Penolong Pengarah Unit Profilan dan Keusahawanan Asnaf, Nursyahidah Abu Bakar.


Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.