Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

tuanku2022
janjitemu
zakat
online
Senang, Cepat Dan Mudah
Tunai ZAKAT

Menggunakan FPX dan Kad Debit/Kredit Islamik

wakaf
wakafonline
MULAKAN WAKAF ANDA DI SINI
Senang, cepat dan mudah

"kerana RM1, kaya di akhirat!"

previous arrow
next arrow
Slider

KUTIPAN ZAKAT BULAN DISEMBER 2021

RM36,192,149.42

AGIHAN ZAKAT BULAN NOVEMBER 2021

RM15,228,657.26

NISAB SEMASA

RM20,970.96

Shadow
Slider

PROMOSI / INFORMASI

BERITA SEMASA

WAKTU SOLAT NS

Waktu
ZON 1
ZON 2
Subuh
6:11 am
6:12 am
Zohor
1:24 pm
1:26 pm
Asar
4:46 pm
4:48 pm
Maghrib
7:23 pm
7:25 pm
Isyak
8:35 pm
8:38 pm

 

Zon 1 - Tampin Dan Jempol
Zon 2 - Seremban, PD, Kuala Pilah, Jelebu & Rembau

MUAT TURUN BORANG / JADUAL

 

Muat Turun Aplikasi Telefon Pintar MAINS

Aplikasi MAINS adalah inisiatif Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, MAINS dalam menyalurkan maklumat berkaitan kutipan dan agihan zakat, wakaf, dan informasi berkaitan MAINS kepada orang ramai di Negeri Sembilan. Di samping itu juga, aplikasi ini menyediakan perkhidmatan pembayaran atas talian seperti zakat, wakaf bagi memudahkan pembayar menunaikan kewajipan mereka dengan cepat dan mudah.

Boleh di dapati Google Play. Katakunci : MAINS

 

playstore

 

 

Image

KEMBARA NUR ISLAM 2021 RTM, MAINS: HARI KETIGA

8nov2020 1

SEREMBAN, 27 Okt - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bersama-sama dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) meneruskan rakaman travelog ‘Kembara Nur Islam 2021’ untuk hari ketiga menjengah ke 3 lokasi asnaf daerah ini di Kampung Dusun Nyior, Jalan Jelebu dan Taman Warisan Puteri, Sikamat hari ini.

Rakaman yang berlangsung selama 3 hari ini bertujuan menyantuni asnaf yang didaftarkan bersama MAINS yang kemudiannya akan disiarkan dalam slot rancangan stesen televisyen tersebut.

Di lokasi pertama, program telah menyantuni seorang asnaf yang bekerja sebagai penghantar makanan di sekitar Seremban, Arif Fabila Zulkifli, 41, yang tinggal bersama isteri di Kampung Dusun Nyior. Beliau menghidap penyakit kencing manis sejak tahun 2017 yang mengakibatkan kaki sebelah kanan terpaksa dipotong pada bahagian betis dan terpaksa menggunakan kaki palsu bagi memudahkan pergerakan beliau untuk keluar bekerja.

Melalui program ini, beliau yang juga penerima bantuan bulanan MAINS sejak tahun 2020 telah menerima bantuan sebuah motosikal roda tiga untuk kegunaan hariannya beserta barangan makanan.

Lokasi kedua pula telah singgah di Jalan Jelebu menziarahi Juriah Abdul Manaf, 72, yang terlantar sejak tahun 2017 sehingga kini akibat strok otak. Beliau yang menerima bantuan bulanan sejak tahun 2005 hanya tinggal bersama anak lelaki yang bekerja sebagai tukang urut. Bantuan yang diterima hari ini berupa 10 pek lampin pakai buang, susu kesihatan dan barangan makanan. Lokasi ketiga pula tiba di Taman Warisan Puteri menziarahi Hairul Anuar Hashim, 51, yang terlantar sejak Mei tahun ini. Beliau diserang strok ringan pada tahun 2012 dan strok kedua pada tahun 2016 yang menyebabkan beliau terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Dalam tempoh itu, pelbagai rawatan dilakukan termasuk rawatan urut, akupuntur dan fisioterapi di salah sebuah Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Melaka. Setelah setahun, kini beliau berupaya untuk melakukan pergerakan dengan menggunakan tongkat. Dalam program ini, beliau yang mempunyai 5 orang anak yang masih belajar telah menerima bantuan lampin pakai buang, susu kesihatan, barangan makanan.

Hadir sama dalam program ialah Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Mustafa, Pengarah Jabatan Zakat MAINS, Dato’ Nor Azmi Musa, Pegawai MAINS Daerah Seremban, Che Som Omar dan Ketua Skuad Gerak Khas (SGK) MAINS, Mohd. Zahid Mohammad. Turut hadir Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sungai Landak, Abu Omar Abdullah dan Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Zon Ampangan, Abduk Malek Adam.
8nov2020 2 8nov2020 3 8nov2020 3

Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.