Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

tuanku2022
janjitemu
zakat
online
Senang, Cepat Dan Mudah
Tunai ZAKAT

Menggunakan FPX dan Kad Debit/Kredit Islamik

wakaf
wakafonline
MULAKAN WAKAF ANDA DI SINI
Senang, cepat dan mudah

"kerana RM1, kaya di akhirat!"

previous arrow
next arrow
Slider

KUTIPAN ZAKAT BULAN DISEMBER 2021

RM36,192,149.42

AGIHAN ZAKAT BULAN NOVEMBER 2021

RM15,228,657.26

NISAB SEMASA

RM20,970.96

Shadow
Slider

PROMOSI / INFORMASI

BERITA SEMASA

WAKTU SOLAT NS

Waktu
ZON 1
ZON 2
Subuh
6:11 am
6:12 am
Zohor
1:24 pm
1:26 pm
Asar
4:46 pm
4:48 pm
Maghrib
7:23 pm
7:25 pm
Isyak
8:35 pm
8:38 pm

 

Zon 1 - Tampin Dan Jempol
Zon 2 - Seremban, PD, Kuala Pilah, Jelebu & Rembau

MUAT TURUN BORANG / JADUAL

 

Muat Turun Aplikasi Telefon Pintar MAINS

Aplikasi MAINS adalah inisiatif Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, MAINS dalam menyalurkan maklumat berkaitan kutipan dan agihan zakat, wakaf, dan informasi berkaitan MAINS kepada orang ramai di Negeri Sembilan. Di samping itu juga, aplikasi ini menyediakan perkhidmatan pembayaran atas talian seperti zakat, wakaf bagi memudahkan pembayar menunaikan kewajipan mereka dengan cepat dan mudah.

Boleh di dapati Google Play. Katakunci : MAINS

 

playstore

 

 

Image

ZIARAH PESAKIT STROK SEPARUH BADAN



9nov2020




SEREMBAN, 8 Nov - Pejabat Agihan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Cawangan Seremban 2 telah turun menziarahi Norentan Mohamad, 42, yang menderita strok separuh badan akibat penyakit kencing manis yang menyerang sejak 17 tahun lalu. Lebih memeritkan, beliau telah disahkan mengalami implikasi buah pinggang dan terbaharu, mengalami ketumbuhan bisul sebesar tapak tangan pada bahagian anggota badan. Norentan kini dijaga sepenuhnya oleh suami, Mizman Ngadinan, 51, yang bekerja sebagai jurujual kenderaan terpakai di Gemas dengan pendapatan RM1,500 sebulan. Pasangan ini dikurniakan 3 orang anak berusia 17 hingga 21 tahun dan difahamkan, anak sulung pasangan ini terpaksa berhenti belajar di sebuah universiti awam disebabkan kekangan kewangan dan kini bekerja bagi membantu keluarga dengan pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan sebagai pembantu kilang perabot. Berdasarkan rekod, keluarga ini pernah dibantu dengan bantuan tunggakan bayaran perumahan 5 tahun lalu dengan jumlah RM1,600 dan juga bantuan khas COVID-19 MAINS baru-baru ini. Dalam ziarah petang tadi, MAINS telah membantu Norentan dengan surat jaminan (GL) bantuan hemodialisis selama 6 bulan bermula bulan ini berjumlah RM3,000 sebulan. Norentan juga turut menerima bantuan barangan dapur dan tablet jenis Samsung untuk kegunaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) daripada Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Kepayang, bantuan wang tunai serta barangan keperluan dapur daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan lampin pakai buang dan tilam angin daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Hadir ziarah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon, Pengarah PERKESO Negeri Sembilan, Fuad Alias dan Pegawai MAINS Cawangan Seremban 2, Nur Azizah Abdul Aziz. Turut hadir Pegawai Dakwah MAINS Cawangan Seremban 2, Abdul Muiz Shafie dan Pegawai Agihan Cawangan Seremban 2, Mohd. Asyraff Abdul Aziz.



Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim.

 

 

 



BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.