Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

"DULU ATAP KOYAK, NAK DUDUK PUN TAK BOLEH"

9nov2020

REMBAU, 25 Feb - "Sebelum Baitulmal bantu, dulu atap koyak, nak duduk pun tak boleh, nak masak, nak tidur semua susah," kata Delima Ali, 46 selepas rumahnya selesai dibaiki melalui dana zakat berjumlah RM11,150. Menurut beliau yang tinggal bersama keluarga di Kampung Orang Asli Ulu Chembong, ketika cuaca hujan, keadaan rumahnya akan bertambah teruk dengan keadaan bumbung yang uzur yang menyebabkan air hujan akan memasuki bahagian dalam rumah. Selain bantuan membaiki bumbung rumah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) turut menyalurkan bantuan menebang pokok besar di belakang rumah yang boleh mendatangkan bahaya kepada Delima sekeluarga. "Pokok durian belakang rumah ini nenek moyang yang tanam. Jadi, bila sudah terlalu besar, dahan dan buah durian selalu jatuh pada bahagian bumbung dan membahayakan kami di dalam rumah," tambah beliau. "Terima kasih Baitulmal dan orang-orang yang bayar zakat tolong saya," tambah beliau lagi.

Foto: Unit Media MAINS/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.