Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

HAMPIR MUSNAH DIJILAT API

9nov2020

REMBAU, 5 Mac - Kebakaran petang semalam memusnahkan hampir keseluruhan rumah asnaf, Maimunah Mohd. Shah, 81 yang tinggal di Kampung Solok Jelawai daerah ini. Ekoran kejadian, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pagi tadi telah turun menyampaikan bantuan wang tunai kecemasan kepada beliau yang juga penerima bantuan bulanan Baitulmal. Bantuan telah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ismail Ahmad diiringi Pegawai Agihan Rembau, Amirul Aizuddin Ali. Antara agensi yang turut hadir ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Rembau dan DUN Chembong. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Foto: Gambar Ihsan.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.