Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BANTUAN MESIN OKSIGEN

9nov2020

TAMPIN, 23 Mac - Setelah mendapat saranan daripada pihak hospital, Amran Ahmad, 41, telah menerima bantuan mesin oksigen bagi membantu melancarkan pernafasan beliau yang sebelum ini terganggu akibat komplikasi pada paru-paru. Tambahan pula, beliau juga dikhuatiri akan menghadapi masalah buah pinggang yang bakal menyukarkan lagi kehidupan seharian termasuk tidur dan makan. Untuk itu, selain bantuan mesin oksigen, Amran juga telah menerima bantuan katil boleh laras dan tilam pesakit dengan keseluruhan bantuan berjumlah RM8,200. Lebih meringankan beban keluarga beliau yang hanya bergantung kepada pendapatan isteri sebagai peniaga gerai, bantuan bulanan fakir/miskin juga bakal disalurkan bermula bulan ini. Bantuan-bantuan telah disampaikan oleh Ketua Wilayah Selatan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Mohd. Azreen Abu Bakar bersama Pegawai Agihan Tampin, Mohd. Hisyam Ismail.

Gambar Ihsan.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.