Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

PROGRAM ‘AKU INSAN HEBAT’ ANAK-ANAK ASNAF

8nov2020 1

REMBAU, 29 Mac - Seramai 24 orang anak-anak asnaf yang sedang belajar dalam darjah 3 hingga 6 di daerah Rembau telah mengikuti Program Jati Diri ‘Aku Insan Hebat’ selama sehari di HR Resort Kampung Pilin, Rembau kelmarin. Program anjuran Pejabat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Daerah Rembau dengan kerjasama Pejabat Agihan Zakat telah memuatkan beberapa slot pengisian antaranya motivasi, latihan dalam kumpulan (LDK) dan aktiviti riadah. Objektif program adalah bagi meningkatkan keyakinan diri sebagai pelajar dan lebih berkeyakinan ketika berhadapan dengan apa juga situasi dalam proses pembelajaran selain meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta dalam menjalani proses kehidupan. Hadir merasmikan majlis penutup ialah Ketua Wilayah Selatan MAINS, Mohd. Azreen Abu Bakar. Turut hadir Kaunselor MAINS, Haryati Kamarudin dan Pengurus Konsultan Systems Dynamics Institute, Mohd. Salleh Koyakoti. Program berakhir kira-kira jam 5.00 petang.

8nov2020 2 8nov2020 3 8nov2020 3

Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.