Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

RUMAH TERBAKAR KETIKA KELUAR MAKAN MALAM

9nov2020

TAMPIN, 3 Apr - Kejadian berlaku ketika Zaliah Yahya, 58, asnaf daerah ini sedang keluar makan malam bersama anaknya antara jam 8 hingga 9.30 malam semalam. Selain rumah yang hangus terbakar, kelengkapan rumah serta segala dokumen pengenalan diri turut musnah. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa. Pejabat Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Daerah Tampin telah tampil menziarahi dan menyampaikan bantuan wang tunai kecemasan pagi tadi. Bantuan telah disampaikan Ketua Wilayah Selatan, Mohd. Azreen Abu Bakar bersama Pegawai Agihan Tampin, Mohd. Hisyam Ismail. Ziarah turut disertai ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Qaryah Kampung Repah. Bantuan-bantuan susulan yang dinilai perlu juga akan disalurkan dalam masa terdekat bagi meringankan beban mangsa dan keluarga.

Foto: Gambar Ihsan

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.