Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

PELAJAR DARUL ASNAF TERIMA PAKAIAN SEKOLAH BAHARU

9nov2020

SEREMBAN, 4 Apr - Seramai 37 orang pelajar Darul Asnaf Sri Sendayan (DASS) dan 25 orang pelajar Darul Asnaf Seri Tanjung (DAST) yang bersekolah pada peringkat rendah dan menengah telah menerima bantuan kelengkapan baharu persekolahan hari ini. Setiap pelajar telah menerima sepasang baju dan seluar sekolah, sepasang stoking dan kasut, sehelai jubah beserta kopiah dan songkok. Keseluruhan bantuan berjumlah RM14,400 melalui dana zakat. Proses pembelian di KM Plaza, Seremban pagi tadi turut disertai Eksekutif Pentadbiran Darul Asnaf, Elkamel Elias dan Warden DASS, Muhammad Rasul Irsyad Abdullah.

Foto: Unit Media MAINS/Abu Aaesya

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.