Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

9nov2020

TAMPIN, 4 Apr - Setelah kebakaran rumah asnaf di Kampung Repah, insiden yang sama berlaku pula kepada seorang lagi asnaf daerah ini, Maziah Khalili Mustapha, 37, yang juga seorang ibu tunggal yang tinggal di rumah pusaka keluarga di Felda Bukit Rokan Utara. Difahamkan, ketika kejadian yang berlaku pada lewat petang semalam, Maziah bersama kakaknya yang juga seorang ibu tunggal dan abangnya sedang menerima kunjungan saudara di rumah pusaka tersebut. Dianggarkan hampir 90 peratus rumah termasuk perabot dan dokumen musnah terbakar. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Bertindak melalui maklumat, Pejabat Agihan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Daerah Tampin telah menziarahi Maziah dan menyampaikan bantuan wang tunai segera tengah hari tadi. Bantuan-bantuan lain yang dinilai perlu akan disalurkan dalam masa terdekat. Hadir menyampaikan bantuan ialah Ketua Wilayah Selatan, Mohd. Azreen Abu Bakar bersama Pegawai Agihan Tampin, Mohd. Hisyam Ismail. Turut hadir Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Bukit Rokan Utara, Mohd. Zairi Yahya.

Gambar ihsan.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.