Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

TAKLIMAT PELATIH SKIM LATIHAN KHAS 2021

9nov2020

SEREMBAN, 5 Apr - Seramai 26 orang pelatih baharu Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Skim Latihan Khas 2021 menghadiri satu taklimat khas bertempat di Dewan Aras 4, Menara MAINS pagi tadi. Taklimat ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada pelatih yang dilantik mengenai alam pekerjaan yang sebenar, menanam serta membina keyakinan diri dan komunikasi secara berkesan pada semua peringkat kerja selain membimbing cara pengendalian pelanggan dengan cekap dan mengikut protokol serta etika semasa. Pengerusi MAINS, Dato' Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir telah merasmikan pertemuan tersebut yang turut disertai sama Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Dato' Mustafa, Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan, Mohamad Idris Ramli, Ketua Jabatan Zakat, Dato' Nor Azmi Musa dan Ketua Jabatan Wakaf dan Sumber Am, Zainal Said.

Foto: Unit Media MAINS/Ain Rahman.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.