Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KELUARGA FLAT DAHLIA S2 DIBANTU

9nov2020

SEREMBAN, 20 Apr - Desakan hidup memaksa sepasang suami isteri yang tinggal menyewa di Flat Dahlia, Seremban 2 menjual peralatan rumah demi kelangsungan hidup. Bertindak berdasarkan maklumat, Unit Khidmat Kebajikan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah turun ziarah pagi tadi bagi mengambil maklumat terkini dan menyampaikan bantuan wang tunai kecemasan berjumlah RM500. Bantuan-bantuan lain yang dinilai perlu juga akan disalurkan dalam masa terdekat. Ketika ziarah, suami tiada di rumah kerana sedang bekerja di Pasar Besar Seremban sebagai pemotong ayam untuk menyara isteri dan 5 orang anak berusia antara 1 hingga 11 tahun. Difahamkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah turun pagi tadi menjalankan tanggungjawab. Hadir menyantuni Pegawai Agihan MAINS, Mohd. Zahid Mohammad bersama wakil Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.