Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KETUA CAWANGAN KHAS DAERAH POTONG GAJI TUNAI WAKAF

9nov2020

JELEBU, 21 Apr - Dalam menyatakan sokongan penuh kepada galakan berwakaf bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan dalam masa yang sama menggandakan saham akhirat, Ketua Cawangan Khas Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, Asisten Superintendan (ASP) Hussin Muthalib telah membuat potongan gaji bulanan untuk disalurkan kepada dana wakaf tunai yang akan dimanfaatkan kepada sektor pendidikan, kesihatan dan sosio ekonomi umat Islam khususnya di negeri ini. Beliau melaksanakan hal tersebut di Wisma Budi, Kuala Klawang sempena siri ke-5 Program Bahagia Dunia Akhirat dalam menyambut Bulan Wakaf Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan pagi tadi. Program turut diserikan dengan ceramah bertajuk 'Urus Harta, Waris Terbela' disampaikan penceramah selebriti, Mohd. Elyas Ismail. Turut hadir Ketua Jabatan Wakaf dan Sumber Am, MAINS, Zainal Said.

Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.