Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

USAHAWAN MUDA SUMBANG BAJU RAYA PELAJAR DARUL ASNAF

9nov2020

SENAWANG, 24 Apr - "Setiap kali melalui bangunan Darul Asnaf Sri Sendayan, saya pasti tersentuh kerana saya sendiri anak yatim dan saya ingin berkongsi rezeki ini bersama mereka," kata Aliff Fahmi, 33, pemilik perniagaan kosmetik dan produk kecantikan, Kins And Kats yang diusahakan bersama isteri, Amira Rajudin, 30 berpusat di Sendayan. Berkat usaha pasangan ini, syarikat tersebut telah berjaya merealisasikan hasrat pada tahun ini ingin menyumbangkan sepasang baju raya dan kain samping kepada seluruh penghuni asrama Darul Asnaf Sri Sendayan (DASS) dalam menyambut Syawal yang bakal menjelang. Seramai 36 orang pelajar yang menghuni asrama DASS telah menerima sumbangan tersebut pagi tadi di Gedung Tekstil Jakel, Senawang yang dihadiri sendiri Aliff dan isteri. Difahamkan, selain daripada sumbangan pakaian hari raya, penghuni asrama DASS juga akan diraikan dalam satu majlis berbuka puasa yang dijadualkan berlangsung minggu hadapan. Turut hadir Ketua Unit Darul Asnaf, Siti Hajar Hasim dan Penyelia Asrama, Nizammuddin Rahim.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.