Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ZAKAT BANTU PUSAT JAGAAN AUTISME

9nov2020

NILAI, 30 Apr - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) semalam telah menziarahi Pusat Jagaan Autisme IDEAS (IAC) yang telah ditubuhkan di bawah Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) pada tahun 2012 sebagai usaha menyediakan penjagaan dan rawatan bagi anak-anak autisme sempena pembukaan cawangan baharu IAC di Nilai Impian, Negeri Sembilan. Sumbangan zakat sebanyak RM5,000 telah disampaikan oleh Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Dato' Mustafa kepada Pengerusi IDEAS, Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz selain bantuan-bantuan dan sumbangan susulan melalui dana zakat dan wakaf MAINS juga akan disalurkan mengikut keperluan dan program dijalankan institusi tersebut. Turut hadir Ketua Jabatan Zakat, Dato' Nor Azmi Musa.

Gambar Ihsan.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.