Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

RAMAH MESRA UNDANG LUAK SUNGAI UJUNG BERSAMA ASNAF

9nov2020

SEREMBAN, 1 Mei - Undang Luak Sungai Ujung, Yang Teramat Mulia (YTM) Dato’ Klana Petra Dato’ Mubarak bin Dohak telah berkenan hadir menyempurnakan Program Ramah Mesra Undang Luak Sungai Ujong bersama asnaf fakir dan miskin yang diadakan di Dewan Aras 4 Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pagi tadi. Seramai 82 orang asnaf fakir dan miskin termasuk 12 orang asnaf daerah Port Dickson dan 18 orang asnaf daerah Nilai telah hadir dan menerima elaun kehadiran sebagai tanda penghargaan daripada pihak penganjur. Dalam majlis yang sama turut diadakan perkongsian tazkirah bertajuk 'Penghayatan Ramadan Bulan Barakah, Bulan Penuh Kemuliaan' yang telah disampaikan oleh Eksekutif Unit Dakwah dan Promosi Zakat, Jabatan Zakat MAINS, Sharifah Masyitah Syed Mokhtar. Hadir sama Pengerusi MAINS, Dato' Dr. Abd. Aziz Sheikh Abd. Kadir, Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus, Sahibus Samahah Dato' Mohd. Yusof Ahmad dan Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Dato' Mustafa. Majlis berakhir kira- kira jam 1.00 petang.

Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.