Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

"RUPANYA ITU BANTUAN BAITULMAL"

9nov2020

SEREMBAN, 2 Mei - Dalam kesibukan harian seorang bapa mencari sesuap rezeki demi membesarkan dua orang anak sehingga tidak teringat bantuan bulanan yang diterima adalah daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Berdasarkan rekod, Kamal Ariffin Ramli, 39, mula menerima bantuan fakir/miskin sejak Februari 2020 selain turut menerima bantuan makanan asas, persekolahan dan sumbangan hari raya. “Selalu saya ambil duit di bank setiap bulan dan rupanya itu bantuan wang bulanan daripada Baitulmal yang saya fikir daripada agensi lain,” kata Kamal. “Terima kasih Baitulmal telah banyak membantu keluarga saya dan saya memohon maaf tersilap memberi kenyataan kepada mereka yang telah datang menziarahi saya,” tambah beliau yang bekerja sebagai tukang pembinaan. Sebelumnya, kisah Kamal Ariffin dan anak beliau mendapat perhatian beberapa pihak setelah tular di beberapa platform antaranya WhatsApp dan Facebook. Dalam ziarah pagi tadi di rumah sewanya di Jalan Ulu Temiang, beliau turut menerima sumbangan wang tunai dan barangan makanan asas. Bantuan telah disampaikan oleh Ketua Wilayah Tengah, MAINS, Che Som Omar bersama Ketua Unit Khidmat Kebajikan, Mohd. Zahid Mohammad.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.