Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

IBU GIGIH JAGA SUAMI, ANAK

9nov2020

SEREMBAN, 2 Mei - Suaminya menghidap penyakit jantung bengkak, mempunyai masalah penglihatan dan disahkan berstatus orang kurang upaya (OKU) kesan daripada penyakit kencing manis, anaknya pula terpaksa menjalani prosedur Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) ataupun suatu proses alternatif untuk mencuci darah selain hemodialisis. Begitulah dugaan yang dihadapi Hafizah Abdul Manaf, 51, dalam menggalas tugas memberi perhatian terhadap keluarga yang tinggal di Taman Sri Telawi ini. Beliau kini hanya mengharapkan anak seorang lagi yang bekerja sebagai penghantar makanan bagi menampung kehidupan keluarga. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah berkesempatan turun ziarah pagi tadi bagi mengambil maklumat terkini mengenai keperluan keluarga ini dan menyampaikan bantuan wang tunai segera serta barangan makanan asas. Bantuan telah disampaikan Ketua Wilayah Tengah, MAINS, Che Som Omar. Turut hadir Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Telawi, Muhamad Ismail dan Ketua Wilayah Utara, MAINS, Zamru Samsuddin.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.