Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ZIARAH IBU TUNGGAL PPR PAROI

9nov2020

SEREMBAN, 2 Mei - Setelah kematian suami sebaik selesai berpantang anak kedua pada Disember 2019, Siti Rohana Abdullah, 40, terpaksa membesarkan 2 orang anak seorang diri. Sejak itu, beliau beberapa kali telah berpindah tempat berteduh atas desakan hidup dan kini baru sahaja menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR) Paroi bulan lalu sehingga kisah 3 beranak ini mendapat perhatian beberapa pihak yang bersama-sama menghulurkan bantuan dan menyalurkan maklumat. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menziarahi Siti Rohana tengah hari tadi bagi mengambil maklumat beliau yang terkini dan menyampaikan bantuan wang tunai segera serta makanan keperluan asas yang disampaikan oleh Ketua Wilayah Tengah, MAINS, Che Som Omar. Bantuan-bantuan lain yang dinilai perlu turut akan disalurkan.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.