Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KENANGANKU BERSAMAMU RAMADAN

9nov2020

PORT DICKSON, 4 Mei - Seramai 30 orang anak-anak asnaf daerah Rembau yang sedang bersekolah dalam tingkatan 2 hingga 5 telah mengikuti program motivasi 'Kenanganku Bersamamu Ramadan' bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson selama 3 hari 2 malam hujung minggu lalu. Program yang bertemakan 'Kepemimpinan Kemahiran Insaniah' ini bertujuan menerapkan semangat bertanggungjawab, amanah dan berdedikasi dalam diri pelajar serta meningkatkan keyakinan untuk berani berkomunikasi ketika khalayak ramai. Program anjuran Pejabat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Rembau dengan kerjasama Pejabat Agihan Rembau telah memuatkan beberapa aktiviti luar, slot motivasi dan latihan dalam kumpulan (LDK). Hadir merasmikan majlis penutupan ialah Ketua Kaunselor MAINS, Norazman Amat.

Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.