Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KETUA POLIS DAERAH NILAI BUAT POTONGAN GAJI WAKAF

9nov2020

NILAI, 4 Mei - Siri ceramah 'Bahagia Dunia Akhirat' sempena Bulan Wakaf Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan siri ke-10 telah berlangsung di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai pagi tadi dengan membincangkan topik 'Pembangunan Wakaf: Dahulu dan Kini' disampaikan oleh Pengarah Yayasan Universiti Multimedia, Dr. Ridzwan Bakar. Program yang telah dihadiri lebih 80 orang anggota polis turut diserikan dengan gimik pelancaran bulan jelajah wakaf tersebut yang telah disempurnakan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab Rahman, diiringi Timbalan Ketua Polis Daerah, Mat Ghani Lateh.Turut hadir Ketua Jabatan Wakaf dan Sumber Am, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Zainal Said. Dalam majlis yang sama, Superintendan Mohd. Fazley juga telah mengambil kesempatan melaksanakan wakaf tunai melalui potongan gaji bulanan. Sempena sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan ini, MAINS menawarkan cenderamata berupa pemacau pena atau 'pendrive' berkapasiti 32 gigabait (GB).

Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman | Haziq Naim.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.