Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ZAKAT FITRAH TERAKHIR SUAMI

9nov2020

MAMBAU, 4 Mei - "Selepas suami dapat keluar dari hospital pada 11 Ramadan, dia dapat jumpa anak-anak di rumah dan sempat bayar zakat fitrah untuk kami," cerita Noryati Abdul Ghani, 36, yang baru kehilangan suami pada 25 April lalu disebabkan kegagalan fungsi hati dan angin pasang. Allahyarham Mohd. Nazri Wahid Din meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak berumur 9 dan 10 tahun. Semasa hayat, pasangan ini mencari rezeki dengan menebar dan menjual roti canai di kawasan tempat tinggal mereka di Kampung Batu 3, Mambau. Dengan maklumat yang diperoleh, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Unit Khidmat Kebajikan dan Unit Khidmat Pendidikan telah turun menziarahi Noryati petang tadi bagi menyerahkan borang bantuan dan menyampaikan bantuan makanan asas serta wang tunai segera disampaikan oleh Eksekutif Unit Khidmat Kebajikan, Siti Hajar Mohamad Daud. Bantuan-bantuan susulan juga akan disalurkan dalam masa terdekat.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.