Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

9nov2020

PORT DICKSON, 4 Mei - Ibu tunggal, Julia Dolah, 40, berseorangan membesarkan 3 orang anak lelaki berusia antara 4 hingga 13 tahun sejak hampir 4 tahun lalu dengan hanya menggunakan pendapatan sebagai pekerja sambilan di sebuah kedai minuman francais yang terletak di stesen minyak Petronas, Lukut. Bertindak atas maklumat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MyKasih Care, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Unit Khidmat Kebajikan dan Pejabat Agihan Port Dickson telah bersama-sama menziarahi 4 beranak ini di rumah sewa mereka di Kampung Chokra, daerah ini. Berdasarkan rekod, Julia pernah dibantu dalam menjelaskan tunggakan sewaan rumah dan bantuan kebajikan lain berjumlah RM1,000 melalui dana zakat pada penghujung tahun lalu. Difahamkan juga, beliau turut menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM700 menerusi bantuan kanak-kanak. Dalam ziarah petang tadi, sumbangan makanan asas dan bantuan wang tunai segera telah disampaikan oleh Eksekutif Unit Khidmat Kebajikan, MAINS, Siti Hajar Mohamad Daud dan Pengerusi MyKasih Care, Syed Shukri Nizam Jaafar. Amanah bantuan-bantuan lain termasuk sesi kaunseling akan disalurkan setelah dibuat penilaian. Hadir sama wakil Skuad Gerak Khas MAINS, Hasbollah Ahmad dan Siti Hawa Majid.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.